Saturday, 9 February 2013
Bidayah al-Mujtahid
Kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid ini adalah karangan Ibn Rusyd
sebahagian versi terjemahan melayu , terbitan Jahabersa.
Friday, 8 February 2013
al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub
Kitab al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub tulisan Syeikh 3ali 3abdul Rahman al-Kalantani versi jawi. Kitab ini berupa fadhilat-fadhilat yang dikumpulkan oleh Syeikh (penulis kitab), yang katanya dinukil dari kitab tulisan seorang Imam yang masyhur iaitu Jalaluddin as-Suyuti (Imam Suyuti).
versi rumi, terbitan al-Hidayah dengan tajuk; Permata Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai.
terbitan Jahabersa
versi terbitan Pustaka Nasional dengan tajuk; Bingkisan Mutiara, Untuk Menghidupkan Hati Yang Merana. perbaikan bahasa oleh Muhammad Labib, tahqiq dan pembetulan oleh Syed Ahmad Semait.
Wednesday, 6 February 2013
Ihyak 3ulumuddin
Ihyak 3ulumuddin karangan Imam al-Ghazali. sebahagian versi cetakan arab.
sebahagian versi terjemahan inggeris.
versi terjemahan lengkap bahasa melayu. 5 jilid. dibahagikan kepada 4 bahagian besar iaitu Ibadat, Mu’amalat, Munakahat dan Jinayat.
mukhtasar@ringkasan kitab Ihyak 3ulumuddin versi terjemahan indonesia.
untuk membacanya secara PDF terjemahan inggeris sila klik sini
Tuesday, 5 February 2013
Masyariq Anwar al-Qulub wa Mafatih Asrar al-Ghuyub
Kitab Masyariq Anwar al-Qulub wa Mafatih Asrar al-Ghuyub karangan Ibn ad-Dabbagh al-Ansori.
Untuk membaca kitab arab ini secara PDF, sila klik sini atau sini .
Kitab Masyariq Anwar al-Qulub wa Mafatih Asrar al-Ghuyub versi terjemahan indonesia dengan tajuk Mari Jatuh Cinta Lagi (Kitab Para Perindu Allah). Terbitan ZAMAN Kitab Klasik.
Monday, 4 February 2013
Adab ad-Dunya wa ad-Din
untuk membaca kitab ini secara 'online' sila klik sini atau sini (PDF)
Kitab Adab ad-Dunya wa ad-Din
Imam al-Mawardi ( 3ali ibn Muhammad al-Mawardi)
versi terjemahan indonesia bertajuk ' Jalan Meraih Kebahagiaan Dunia & Akhirat '
Syu3ab al-Iman
Mukhtasar Syu3ab al-Iman (Ringkasan Kitab Syu3ab al-Iman karangan Imam al-Baihaqi)
Kitab ini adalah ringkasan dari kitab SYU3AB AL-IMAN karangan Imam al-Baihaqi. Sebuah kitab yang membincangkan secara terperinci cabang-cabang iman.
“Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling tinggi, (atau yang paling utama) adalah kalimat laa ilaaha illallaah (tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan, dan malu adalah sebahagian dari iman. “
al-Bukhari meriwayatkannya dengan lafaz:
“… iman itu ada enam puluh cabang lebih dan malu adalah sebahagian dari iman.”
Cabang-cabang iman, atau lebih dikenal dengan sebutan “Syu’ab al-Iman” dalam istilah agama, antaranya diambil dari hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di atas.
Dalam menjelaskan sabda Nabi ini, para ulama telah berusaha keras menafsirkan dan memberi satu per satu cabang-cabang imam yang dimaksudkan, dan salah satu ulama yang mendalami masalah ini adalah Imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H).
Setelah itu muncullah inisiatif daripada Imam al-Qazwaini rahimahullah (Wafat: 699H) untuk meringkaskannya supaya lebih mudah untuk difahami masyakarat Islam secara umum, sehingga hadirlah buku yang berjudul Mukhtashar Syu’ab al-Imam (Ringkasan Syu’ab al-Iman) ini.
Saturday, 2 February 2013
Friday, 1 February 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)