Monday, 4 February 2013

Syu3ab al-Iman



Mukhtasar Syu3ab al-Iman (Ringkasan Kitab Syu3ab al-Iman karangan Imam al-Baihaqi)


Kitab ini adalah ringkasan dari kitab SYU3AB AL-IMAN karangan Imam al-Baihaqi. Sebuah kitab yang membincangkan secara terperinci cabang-cabang iman. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya):

“Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling tinggi, (atau yang paling utama) adalah kalimat laa ilaaha illallaah (tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan, dan malu adalah sebahagian dari iman. “

al-Bukhari meriwayatkannya dengan lafaz:

“… iman itu ada enam puluh cabang lebih dan malu adalah sebahagian dari iman.”

Cabang-cabang iman, atau lebih dikenal dengan sebutan “Syu’ab al-Iman” dalam istilah agama, antaranya diambil dari hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di atas.

Dalam menjelaskan sabda Nabi ini, para ulama telah berusaha keras menafsirkan dan memberi satu per satu cabang-cabang imam yang dimaksudkan, dan salah satu ulama yang mendalami masalah ini adalah Imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H).

Setelah itu muncullah inisiatif daripada Imam al-Qazwaini rahimahullah (Wafat: 699H) untuk meringkaskannya supaya lebih mudah untuk difahami masyakarat Islam secara umum, sehingga hadirlah buku yang berjudul Mukhtashar Syu’ab al-Imam (Ringkasan Syu’ab al-Iman) ini.

Saturday, 2 February 2013

al-Mawaqif fi 3ilmi al-Kalam



al-Mawaqif fi 3ilmi al-Kalam

asy-Syeikh al-Qadhi 3abdur Rahman bin Ahmad al-Iji

PDF - klik sini

Friday, 1 February 2013

Mughni al-Muhtaj



Mughni al-Muhtaj

Imam asy-Syeikh Muhammad Khatib asy-Syarbini rahimahullah

Thursday, 31 January 2013

al-Mu3jam al-Iqtisodi al-Islami



Kitab al-Mu3jam al-Iqtisodi al-Islami

Karya Dr.Ahmad Al-Syarbashi ini berisi tentang kamus ekonomi Islam.

Untuk membacanya dalam bentuk PDF sila klik sini

Tuesday, 29 January 2013

Ahmad Shalaby



Ahmad Shalaby

Beliau menuntut di Al-Azhar dan di kolej Darul-Ulum (Universiti Kahirah, B.A.(Hon.))  juga di Universiti London dan Cambridge (Phd). Mahir dalam bahasa Inggeris, Indonesia dan Arab.

Pernah mengajar di beberapa institut & Universiti seperti : Universiti Al-Azhar, Ain Syams, Indonesia, Sudan, Malaysia, Saudi Arabia, Libya dan Institusi Pembelajaran Diplomasi.

Karya beliau melebihi 50 buah buku dan ada yang sudah diulangcetak sebanyak 15 kali. Karya beliau sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Urdu, Turki, Indonesia, Melayu, Perancis dan Parsi.